FOTO KREDIT : FB SRI PAHANG FC
PEMAIN tengah dari Uzbekistan, Kuvondik Ruziev akan memperkuatkan Sri Pahang FC (SPFC) dalam baki saingan Liga Malaysia.
Pemain berusia 28 tahun ini merupakan rekrut kedua kelab dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia setelah terdahulu mendapatkan khidmat Rafael Silva dari Brazil.
“Ruziev merupakan anggota skuad juara berganda Liga Super dan Piala Uzbekistan bersama Lokomotiv Tashkent pada 2016 dengan SPFC adalah kelab luar Uzbekistan pertama diwakilinya.
“Kehadirannya dijangka menjadi suntikan penting dan menambah kreativiti di barisan tengah SPFC.
“Selamat datang Ruziev ke bumi Pahang, hitam putih takkan padam,” menurut hantaran Facebook rasmi Sri Pahang pada Khamis.
Ruziev dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri di Stadium Darul Makmur memandangkan memiliki rakan senegara, Sherzod Fayziev juga sedang beraksi di posisi pertahanan bersama skuad Tok Gajah.
Perpindahan Ruziev juga merupakan pemain import kesembilan SPFC musim ini.