SRI Pahang FC akhirnya merekodkan kemenangan ke atas Selangor FC dalam tiga pertemuan kedua-dua pasukan musim ini.
Pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur sebentar tadi, gol tunggal Kevin Ingreso pada awal babak kedua menjadi pemisah untuk tiga mata bermakna skuad Tok Gajah.
Corak permainan berhati-hati dipamerkan kedua-dua pasukan sepanjang babak pertama sehingga tiada jaringan terhasil.
Pahang bermula baik menerusi gandingan penyerang Kpah Sherman dan Sergio Aguero serta kelibat pemain import baharu dari Uzbekistan, Kovundik Ruziev yang rajin membantu skuad Tok Gajah naik ke bahagian atas.
Selangor miliki peluang keemasan namun rembatan Faisal Halim luar kotak penalti m-15 di tepis Zarif Irfan Hashimuddin.
Manakala, pergerakan Sherman yang cuba beberapa menyelinap masuk memecahkan benteng pertahanan pelawat gagal kerana acap kali dibayangi Shahrul Nazeem Zulpakar.
Liga Super 2023
HT : Sri Pahang FC 1-0 Selangor FC
⚽️ Kevin Ingreso '50
📸 Nashrul Haq | Flash Sukan#LigaSuper2023#FAM#SriPahangFC#SelangorFC#LigaMalaysia2023 pic.twitter.com/2vPDDAcwDU
— Flash Sukan (@FlashSukan) July 9, 2023
Pertukaran demi pertukaran dibuat Selangor serta Pahang namun kedudukan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat. Mereka kini berkongsi 34 mata namun perbezaan jaringan mengekalkan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe di tangga kedua liga.
Untuk rekod, ini pertemuan kali ke-124 kedua-dua pasukan bertemu
dalam pelbagai saingan peringkat domestik sejak pertandingan tempatan diperkenalkan pada 1921.
Dalam sejarah yang panjang itu, Selangor memenangi 66 kali, dengan 31 kali pula memihak Sri Pahang dan 27 kali berakhir seri.