PEMILIK  Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi saksi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Johor (JFA).

Tunku Ismail kini berada di Singapura sempena lawatan ke rasmi ke Republik itu dari 10 hingga 12 Julai 2023.

Perjanjian itu berkaitan dengan kerjasama dalam pembangunan bola sepak, dan termasuk penubuhan perlawanan piala tahunan antara pasukan Pilihan Singapura dan Pilihan Johor mulai 2024 dan seterusnya.

Perkara tersebut dikongsi bekas pemain JDT dan Singapura, Baihakki Khaizan di Instagramnya pada Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Baihakki Khaizan (@i.am.baihakki)

 

Sebagai rekod, Baihakki yang beraksi sebagai pertahanan tengah ini pernah bermain bersama JDT pada tahun 2014 dan 2015 (JDT II) serta skuad kebangsaan Singapura.

Tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk bersara sebagai pemain profesional pada usia 38 tahun.