PENJAGA gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin tampil memohon maaf atas kekhilafan yang melibatkan dirinya semasa aksi Liga Super bertemu Selangor FC di Stadium Darul Makmur pada Ahad.
Tular kini di media sosial tentang isunya dalam perlawanan tempoh hari.
Dalam coretan panjang Instagram Stories miliknya itu, pemain yang berusia 28 tahun menegaskan tiada langsung niat untuk menyinggung mana-mana peminat pasukan sama ada Pahang atau Selangor.
“Minta maaf jika ada tindakan saya yang menyinggung anda. Kata-kata kesat yang saya terima terhadap keluarga saya sangat tidak boleh diterima.
“Silakan memaki saya tapi minta tidak memasukkan keluarga saya ketika anda marah. Saya tahu peminat bola sepak Malaysia sangat sayangkan pasukan masing-masing. Kita boleh jadi lebih baik di masa hadapan.
“Anggaplah segala perkara terjadi semalam (Ahad) sebagai pengajaran dalam hidup saya dan anda. Menghamburkan perkataan kesat kepada pemain bola sepak bukanlah perkara yang boleh dinormalisasikan dalam bola sepak.
“Saya menulis melakukan tugas saya sebagai pemain bola sepak. Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi. Kita semua satu keluarga yang besar.
“Bola sepak adalah sukan yang kita sayang, saya juga seperti anda. Semoag semua peminat bola sepak negara terus hadir ke stadium.
“Saya sebagai pemain akan terus memberikan terbaik untuk anda,” katanya.
@flashsukan.official Berlaku ketegangan antara pasukan Sri Pahang FC dan Selangor FC sejurus perlawanan Liga Super 2023 tamat. Tidak pasti apa yang berlaku. #ligasuper2023 #fyp #sripahangfc #selangorfc #fam #ligamalaysia2023
♬ original sound – FlashSukan.Official – FlashSukan.Official
Sementara itu, Zarif Irfan gembira apabila skuad Tok Gajah memenangi perlawanan yang penuh rancak dan bertenaga khusus di babak kedua.
“Tiga mata yang sangat berharga. Kita teruskan perjuangan kita,” katanya.