SELANGOR MAC memadamkan impian Terengganu untuk mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan skuad itu 5-1 dalam saingan suku akhir kedua Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL2023) di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam pada Sabtu.

Seawal minit ke-empat, Azamuddin Hassan meletakkan pasukannya di hadapan apabila berjaya mendapatkan gol pertama hasil serangan yang bertubi-tubi.

Terengganu yang dilihat lebih bermain di bahagian pertahanan tewas kali kedua setelah Ali Ebrahimi mendapatkan gol yang kedua pada minit ke 18.

Selangor kekal berada di kedudukan selesa 2-0 sehingga habis separuh akhir masa pertama.

Babak separuh masa kedua menyaksikan taktikal yang digunakan skuad Terengganu menjadi setelah mendapatkan gol pada minit ke 27 hasil jaringan Aqim Salihuddin. 

Tidak membenarkan Terengganu selesa dengan gol pertama, Ali Ebrihimi sekali lagi berusaha mendapatkan gol yang ketiga pada minit ke-31 bagi membantu pasukannya kekal berada di hadapan. 

Hatrik yang dicipta oleh Ali Ebrihimi menjadikan benteng pertahanan Terengganu seolah-olah hilang arah apabila skuad itu sekali lagi mendapatkan gol yang ke-empat dalam jarak masa yang singkat pada minit ke-32. 

Lapan saat sebelum wisel tamat dibunyikan, Selangor MAC terus rakus mendapatkan gol kelima jaringan daripada Aidil Shahril Rosli pada minit ke-40.

Kedudukan 5-1 kekal sehingga wisel tamat dibunyikan menandakan Selangor MAC sah ke peringkat separuh akhir MPFL 2023.