PERLUMBAAN akhir Supersports 600cc cukup bermakna buat peminat Malaysia apabila Md Helmi Azman dari Boon Siew HONDA Racing Team memenangi podium untuk perlumbaan kedua Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa pada Ahad.
Pelumba Honda CBR600 RR yang menduduki tempat keempat dalam Perlumbaan 1 semalam, beraksi untuk perlumbaan terakhir Pusingan 2 dan bertarung dengan baik sepanjang perlumbaan.
Helmi bermula di tempat ke-5 di grid, tetapi melakukan aksi yang mengagumkan apabila meletakkan dirinya di tempat kedua dalam kelompok pasukan. Dia mengorak langkah kompetitif bersama rakan sepasukannya, Khairul Idham Pawi dan Andi Farid Izdihar yang mendahului lima pusingan sebelum Helmi menguasai litar.
Helmi mengekalkan rentaknya untuk tiga pusingan seterusnya sebelum tergelincir satu kedudukan ke bawah pada pusingan 9. Di pusingan terakhir, dia bersaing secara agresif untuk mencuri tempat kemenangan.
Dia mencatat masa pada 21:53:364s.
“Pasukan telah bekerja tanpa jemu untuk memastikan jentera kami berada pada tahap terbaik. Saya gembira kerana strategi kami berjaya untuk saya dan Khairul.
“Cuaca di Sepang panas terik namun jentera itu menunjukkan kelajuan yang baik dan saya bersyukur semuanya berjalan lancar,” katanya.
Andi dari ASTRA HONDA Racing Team muncul di tempat kedua (21:53:444s) manakala Khairul dari Boon Siew HONDA Racing Team mendapat tempat ketiga, 21:53:861s.
Keputusan Sementara Perlumbaan 2:
Supersports 600cc – 5 Penunggang Teratas:
Md Helmi Azman, Boon Siew HONDA Racing Team, 21:53:364s
Andi Farid Izdihar, ASTRA HONDA Racing Team, 21:53:444s
Khairul Idham Pawi, Boon Siew HONDA Racing Team, 21:53:861s
Nakarin Atiratphuvapat, HONDA Racing Team, 21:58:323s
Galang Hendra Pratama, YAMAHA RACING INDONESIA, 22:12:316s