AIRA Azman terus mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Melbourne, Australia.
Pemain berusia 19 tahun itu menewaskan Fayrouz Aboelkhehir dari Mesir 12-10, 11-7, 11-8 dalam separuh akhir sebentar tadi.
Aira menjadi pemain kedua Malaysia yang layak ke pentas akhir selepas Datuk Nicol David melakukannya pada 200.
Terdahulu, Aira yang diletak selaku pilihan ke-3/4 itu turut menerima khabar gembira dari tanah air apabila dia menjadi pemain terakhir layak ke Sukan Asia di Hangzhou, China September ini.
Tahniah Aira Azman. Detik kemenangan Aira untuk layak ke akhir. https://t.co/jxNoF4LRie
— Flash Sukan (@FlashSukan) July 22, 2023