SANDARAN pingat negara, C Shahmalarani tewas seawal pusingan sekali gus menyaksikan skuad karate negara, terus kempunan memburu pingat emas pertama, Kejohanan Karate Asia ke-19 & Kejohanan Para Karate Asia edisi ke-2 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka.
Shahmalarani beraksi dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram (kg) disingkir karateka Thailand, Chanyanut Chippensuk 6-5.
Pemenang pingat emas Sukan Sea Kemboja itu, yang kelihatan agak tertekan sehingga gagal mempamerkan prestasi sebenarnya untuk menewaskan mengatasi Chanyanut yang memenangi gangsa pada temasya Mei lalu.
“Sesuatu yang tidak saya jangkakan. Saya sangka lawan yang lain tapi ia berbeza. Saya perlu lakukan lebih baik dan ambil kira semua perkara dalam pertandingan.
“Bagi aksi berpasukan esok, sudah pasti saya akan melakukan yang terbaik walaupun diakui bakal berdepan dengan cabaran yang lebih besar.
“Tapi sukar untuk saya jangka dalam acara berpasukan berbanding individu, yang kita boleh agak siapa dan lawan bagaimana. Jadi kita akan buat yang terbaik sebab dan sudah tentu ia memerlukan strategi terbaik memandangkan ia kombinasi dari semua aspek seperti tenaga dan kemahuan,” katanya.
Seorang lagi pemenang emas di Kemboja, Mei lalu, Sureeya Shankar yang beraksi dalam kategori bawah 60kg lelaki, turut gagal menyumbang pingat selepas tewas keapda akarateka Thailand, Siwakon Muekthong, selepas juri memberi kemenangan kepada atlet negara Gajah Perang itu biarpun kedudukan terikat 5-5.
Kekecewaan berterusan dalam kategori 84kg lelaki, apabila Muhammad Arif Afifuddin gagal melepasi pusingan suku akhir, apabila tewas 4-6 kepada atlet Jepun, Rikito Shimada.
Muhammad Arif sekali lagi mencuba nasib menerusi perlawanan repechage, masih tidak berdaya melawan setelah tewas 0-7 kepada karateka Kuwait, Mohammad Yousef.
Saingan pusingan awal turut menyaksikan Amirah Syahirah Azalan tewas kepada Chao Jou dari Chinese Taipei dalam kategori Kumite Wanita bagi kategori 68kg manakala P. Madhuri yang beraksi dalam kategori Kumite Wanita juga kecundang kepada peserta Jepun Kodo Rina dengan keputusan 4-10 dalam kelas 55kg, sekali gus menyaksikan tiada sebarang pingat dipungut skuad negara pada hari kedua kejohanan.
Dalam pada itu, Iran muncul pendahulu dalam senarai punggutan pingat pada hari kedua selepas meraih dua emas dan tiga gangsa serta keseluruhan meraih lima pingat.
Dua pingat emas disumbangkan menerusi Benham Dehgazadeh dalam acara kumite lelaki 55 kilogram (kg) dan Atousa Golshadnezhad bagi kumite wanita 61 kg.
Kazakhstan pula mengekori rapat Iran apabila berada di tangga kedua dengan meraih satu emas, satu perak dan dua gangsa.
Sementara itu pasukan negara pula berada di tangga ketujuh daripada 13 negara dengan dua gangsa.
Dua pingat gangsa negara yang diraih pada Jumaat disumbangkan S. Prem Kumar bagi acara kumite lelaki 55kg dan Zakiah Adnan dalam kumite wanita bawah 61kg.