KEJAYAAN menewaskan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu bukan sahaja semakin menghampirkan JDT dengan gelaran juara liga ke-10 berturut-turut namun ianya masih belum cukup buat Harimau Selatan.
Aksi ke-18 Liga Super itu turut menyaksikan JDT berjaya memecah lima lagi rekod kelab yang menjadikan mereka satu kuasa dominan yang mencipta sejarah demi sejarah yang pastinya sukar di atasi dalam masa terdekat.
Skuad kendalian Esteban Solari berjaya mencatat rekod baharu 18 perlawanan tanpa kalah sejak permulaan musim Liga Super mengatasi rekod musim 2022 dengan 14 kemenangan dan tiga keputusan seri.
RECORDS REWRITTEN LAST NIGHT
1. Longest Winning Streak (All Competitions) — 31 matches
2. Longest League Unbeaten Run — 52 matches
3. Most Consecutive League Wins From The Start Of A Season — 18 matches
4. Most Consecutive League Wins — 18 matches
5. Most League Goals Scored In… pic.twitter.com/rSHAEwc4aB— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 30, 2023
Malah pencapian 18 kemenangan ini juga adalah rekod baharu Liga Super yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasukan sebelum ini dan JDT dilihat cuba untuk mengekalkan tempo cemerlang hingga perlawanan ke-26.
JDT juga cemerlang apabila mencatat kemenangan ke-31 dalam semua kejohanan yang disertai dan juga meneruskan rekod tanpa kalah dalam 52 perlawanan Liga Super yang dipegang sejak musim 2020.
Selain itu gandingan cemerlang rangkaian serangan JDT menyaksikan mereka memecah rekod lampau Liga Super dengan 69 jaringan dalam semusim dengan 17 pemain mencatat nama sebagai penjaring.
Melihat kepada statistik ini, tidak mustahil JDT dapat mencapai 100 jaringan dalam semusim dengan ada lapan lagi perlawanan Liga Super dan ada dua pertandingan yang bakal bermula iaitu, Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.