FOTO : PERAK FC
TEMPOH rehat dua minggu sudah memadai Sri Pahang FC apabila kembali bangkit meraih kemenangan pada kempen Liga Super dengan membenam Perak FC 1-0 di Stadium Darul Makmur pada Ahad.
Gol tunggal penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman sudah cukup untuk membantu mereka kembali mendapatkan mata penting dan kini mengutip 37 mata untuk berada di kedudukan keempat liga.
Tiada sebarang jaringan terhasil di babak pertama walaupun kedua-dua pasukan melancarkan serangan ke arah kubu lawan masing-masing sebaik wisel pertama.
Malah, jentera serangan tuan rumah yang diketuai Kpah dan Rafael da Silva juga gagal menemui sentuhan penyudah. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
LIGA SUPER 2023
FT : SRI PAHANG FC 1-0 PERAK FC
⚽️ Kpah Sherman 55'#LigaSuper2023#HogohPahangHogoh#KejorYobKejor pic.twitter.com/UYUuqOioXq
— Flash Sukan (@FlashSukan) July 30, 2023
Bersambung pada babak kedua, Fandi Ahmad membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat menemui sentuhan gol buat skuad Tok Gajah.
Kpah Sherman memahat nama selaku penjaring pada m-55 sekali gus menjadi gol pemisah antara dua kelab pada perlawanan petang ini.
Kemenangan tipis ini membolehkan Sri Pahang meraih 37 mata. Manakala Perak pula kekal berada di tangga ke-11 dengan 13 mata.
Kedua-dua pasukan bakal mengharungi kempen pusingan 16 Piala Malaysia 2023 selepas ini dengan Sri Pahang berdepan Harini FC pada 4 Ogos. Sementara The Bos Gaurus bakal berentap dengan Kedah Darul Aman FC dalam aksi derby utara pada Selasa.