KEMELUT antara Perak FC dan bekas jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim tidak mengganggu segala perancangan aspek pembangunan yang disusun pihak kelab.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bobie Farid Shamsudin, beliau enggan mengulas lebih lanjut tindakan dilakukan oleh bekas jurulatih The Bos Gaurus itu.

“Bagi saya no komen. Sebab dia (Teong Kim) ada hak buat apa yang dia nak. Dia boleh buat apa-apa yang dia fikir betul. Rasanya dah berbincang dua kali dan kami move forward. Kita cuma follow apa yang dia minta

“Dia ada hak dan kita hormati. Ianya tidak ganggu fokus pembangunan bola sepak negeri Perak kita cuba bina balik kelab yang kita zahirkan misi dan visi sebelum ini dan semuanya fokus.

“Syukur Alhamdulillah suasana semakin bagus dan itu yang kita nak sebenarnya,” katanya ringkas ketika ditemui FLASH SUKAN di Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak, Ipoh pada Khamis.