KAPTEN pasukan Poland, Robert Lewandowski berkata dia tidak lagi minat untuk terus bersama kelab berpengkalan di Jerman, Bayern Munich.

Ditanya tenang spekulasi perpindahannya ke Barcelona, namun dia enggan memberikan sebarang komen.

Dia lebih memilih untuk memberi fokus sepenuhnya buat skuad kebangsaan Poland dalam masa terdekat sambil memberi mesej jelas dia tidak lagi berminat bersama kelab tersebut.

“Apa yang pasti, era saya di Bayern telah tamat, saya tidak mahu bersama Bayern.

“Fokus kini tertumpu kepada skuad kebangsaan Poland,  dan saya akan memaklumkan situasi terkini selepas berakhirnya Liga Negara-Negara UEFA,” ujar pemain tersebut.

Sementara itu,  pengurus pasukan Barcelona, Xavi mengesahkan ada perbincangan dilakukan untuk mendapatkan khidmat Lewandowski namun menegaskan ia tidak semudah dijangka.

“Lewandowski? Ya, dia adalah satu kemungkinan dan pilihan The Catalan, tetapi kontraknya masih berbaki setahun, kita ada cuba berbincang tetapi Ia bukan sesuatu yang mudah,” jelas Xavi kepada wartawan.

Kontraknya bersama Bayern masih berbaki setahun sehingga 2023 namun dia berharap pihak kelab dapat memberi ruang kepadanya memilih hala tujunya sendiri sebelum tamat kontrak sebenar.

Penyerang sensasi itu telah bersama Bayern lapan musim dan telah menjaringkan 344 gol dalam 374 perlawanan seluruh dunia sekaligus meletakkan posisinya pasti diingati semua penyokong The Bavarian.