TONGGAK kebangsaan Brazil, Fabinho, baru-baru ini menjadi perhatian apabila dia dihadiahkan seutas jam tangan Rolex oleh peminatnya.

Momen yang mengejutkan terjadi ketika Fabinho dihampiri oleh seorang peminat setelah selesai aksi Al- Ittihad dan Reed yang berkesudahan 3-0 berpihak kepada Ettihad.

Dalam rakaman video tersebut, Fabinho dilihat sangat teruja dengan hadiah yang diberikan peminatnya dan sempat berselfie bersama para penyokong kelab yang diwakilinya itu.

“Saya sangat berterima kasih dengan peminat dan berasa terharu kerana mereka sanggup menggunakan wang mereka sendiri untuk menghadiahkan saya jam Rolex.

“Hanya saya dan peminat tahu betapa saya menghargai setiap usaha yang ditampilkan mereka untuk memastikan saya memberikan yang terbaik buat pasukan kesayangan mereka,” jelasnya.

Fabinho, yang dibeli Al-Ittihad dengan yuran £40 juta dari Liverpool bulan lalu, beraksi cemerlang bersama rakan sepasukannya, N’Golo Kante.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Buraidah, gol dari Abderrazak Hamdallah dan Igor Coronado memastikan kemenangan bergaya dijelmakan anak didik Nuno Espirito Santo.