MELANCONG ke Banda Aceh memang menarik apatah lagi banyak tempat bersejarah yang boleh dikunjungi.

Menariknya hampir semua tempat-tempat peranginan di Banda Aceh mempunyai keunikannya tersendiri.

Banda Aceh terkenal dengan peristiwa pahit di mana pada Disember 2004 telah berlaku Tsunami Besar Aceh yang telah meragut lebih 260,000 nyawa.

Pasukan Selangor FC kini yang sedang berada di Pulau Sumatera tidak ketinggalan memanfaat masa untuk berlibur dan dibawa melawati kawasan menarik sekitar Aceh.

“Melawat tempat bersejarah di Aceh,” tulis kenyataan rasmi kelab di Facebook pada Isnin.

 

 

Terdahulu, skuad Merah Kuning meraih kemenangan 3-0 ke atas pasukan kelab Liga 2 Indonesia, Persiraja Banda Aceh dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Harapan Bangsa Lhong Raya Banda Aceh, pada Ahad malam.

Tiga gol Selangor dijaringkan oleh Rahmad Daud pada minit ke-37, Yohandry Orozco m-41, dan Faisal Halim m-68.

Malah, aksi tersebut juga diserikan oleh bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah yang kini bersama pasukan Persiraja Banda Aceh.

May be an image of 2 people, people playing American football, people playing football and text that says "FULI TIME PERSIRAJA LUXIAR Xme BSI BAN PERSIRAJA o 3 29 SELANGOR FC ΚΙΡΕ PEI PERSIRAJA BANDA ACEH In persiraja_official f PERSIRAJA Banda Aceh persirajaupdate"