CHELSEA layak ke pusingan ketiga Piala Carabao setelah menang 2-1 ke atas Wimbledon di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

Chelsea diancam pelawat selepas dihadiahkan penalti. Penalti itu berlaku selepas penjaga gol Robert Sanchez menumbuk penyerang Josh Davison semasa bergelut untuk mendapatkan bola.

James Tilley menyempurnakan tendangan pada minit ke-19. Chelsea cuba menyamakan kedudukan pada minit ke-23, namun sepakan Ian Maatsen hanya terkena jaring tepi gawang.

The Blues mendapat satu lagi peluang untuk menjaringkan gol apabila dihadiahkan penalti selepas Madueke dikasari dalam kotak penalti pada minit 45+1.

Kali ini Madueke yang menjadi penyepak tidak mensia-siakan peluang itu. Tendangan penalti kaki kiri Madueke menerjah jaring dengan sempurna ke kanan, menewaskan penjaga gol Alex Bass yang bergerak ke kiri.

Wimbledon kembali hampir mendahului pada minit ke-62 selepas rembatan Ali Al Hamadi berjaya disekat oleh Axel Disasi.

Penyelamatan cemerlang dilakukan oleh penjaga gol Bass selepas menepis rembatan Enzo Fernandez dari luar kotak penalti pada minit ke-71.

Image

Fernandez akhirnya membawa Chelsea kembali di depan pada minit ke-73 selepas mengambil kesempatan daripada kesilapan Bass. Bass dilihat mahu mengeluarkan bola, tetapi rembatannya terkena pemain Chelsea yang menghantar bola liar ke tengah padang.

Brighton & Hove Albion akan menjadi lawan seterusnya buat Chelsea pada 26 September depan.