PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan senarai 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi.
Skuad akan menyertai kem latihan pusat bermula 11 September 2023 bagi edisi kedua Kejohanan Women’s International Friendly yang akan berlangsung pada 18 hingga 30 September 2023 di Taif, Arab Saudi.
Soleen dalam masa yang sama telah mengekalkan 14 daripada 20 pemain skuad Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei lalu dan memanggil 11 pemain baharu bagi panggilan latihan pusat kali ini.
Antara 25 senarai pemain dan tujuh daripadanya daripada pasukan Kelana United FC adalah Eusvewana Kadius, Farahiyah Muhamad Ridzuan, Intan Sarah Anisah Zulgafli, Nur Ainsyah Murad, Nur Amirah Abdul rahman, Nur Ezza Ashikin Abdul Razak dan Siti Nurkhaleeda Ismail.
Enam pemain daripada Malaysian University pula adalah Eva Olivianie Antinus, Nurfazira Muhamad Sani, Nur Syafiqah Zainal Abidin, Putri Arissa Balqis Ab Lah, Siti Nurfaizah Saidin dan juga Nur Adrienna Zamzaihiri.
Seterusnya lima pemain daripada Sabah adalah Ainie Tulis, Azzlyeanieh Kinuli, Eslilah Esar, Haindee Mosroh dan Usliza Usman manakala dua pemain daripada Selangor FC adalah Daliea Eliessa Mohd Hafiz dan Dian Aqilah Muhammad Zuhri.
LMS Tigress FC pula terdiri daripada dua pemain iaitu Jaciah Jumilis dan Steffi Sarge Kaur manakala Nur Lyana Soberi dan Nurul Azurin Mazlan daripada ShF Presingu, Kosovo serta akhir sekali Nur Najwa Irdina Zaidi daripada Sekolah Sukan Malaysia Pahang.
Sementara itu, terdapat empat pemain berada dalam senarai bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan pada senarai 25 pemain utama antaranya adalah Aina Suraya Ab Rahman, Jessica Susanne Mailu, Daiyana Wardina Mohd Rosdi dan Kanchenjeet kaur Nanua.
Dalam pada itu lima lagi negara yang mengambil bahagian adalah Laos, Pakistan, Bhutan, Lebanon dan tuan rumah, Arab Saudi.
Malaysia berada dalam Kumpulan A akan memulakan saingan dengan aksi pertama menentang Arab Saudi pada Isnin, 18 September 2023 dan Pakistan pada Khamis, 21 September 2023 di Stadium King Fadh Sports City, Arab Saudi.
Berdasarkan format perlawanan membabitkan enam pasukan ini, saingan kumpulan akan berlangsung secara liga sepusingan yang mana dua pasukan teratas layak ke separuh akhir pada Rabu, 27 September 2023.
Seterusnya, dua pasukan yang menang akan bertemu di final manakala dua pasukan yang tewas akan beraksi perlawanan penentuan tempat ketiga pada Ahad, 30 September 2023.
Skuad Malayan Tigress dijadualkan berlepas ke Taif, Arab Saudi dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat, 15 September 2023.