TUNKU Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang mewakili pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) berpeluang mengintai kategori Kejuaraan Pro-Am tahun ini.
Ketika ini, Tunku Abu Bakar berada pada kedudukan ketiga keseluruhan GT World Challenge Asia dengan kutipan 107 mata memerlukan kemenangan di halaman sendiri bagi memenuhi hasratnya itu.
“Lihat ke hadapan untuk perlumbaan Litar Sepang bagi pusingan akhir GT World Challenge Asia,” tulis kenyataan Instragram Johor Racing pada Khamis
Kejuaraan GT World Challenge Asia yang berlangsung sebanyak enam pusingan akan memasuki pertarungan akhir di Litar Antarabangsa Sepang berlangsung 22 hingga 24 September ini.
Tunku Abu Bakar melakar sejarah apabila gandingan bersama pakar lumba endurance Jerman, Luca Stolz berjaya menjuarai perlumbaan pertama kejuaraan GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Buriram di Thailand pada 14 Mei lepas.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua anakanda Putera Sultan Johor bagi `kejutan’ buat Permaisuri Johor