STADIUM Malawati, Shah Alam akan dijadikan tuan rumah bagi perlawanan akhir Malaysia Futsal Cup 2023 antara pasukan Pahang Rangers dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Ahad malam.

Wakil pihak penganjur, SM Hafiz SM Afdzaruddin telah memberitahu bahawa mungkin ini merupakan acara terakhir sebelum stadium tersebut diubah suai sepenuhnya menjadi Kompleks Sukan Shah Alam.

Stadium yang berkapasiti 9000 orang itu kini berada dalam keadaan baik dan bersedia menyambut kehadiran penyokong-penyokong futsal setiap pasukan.

Hafiz  menyeru semua penyokong futsal untuk bersama-sama hadir bagi menggegarkan Stadium Malawati pada aksi final nanti.

Dalam masa yang sama Hafiz berharap supaya atmosfera di stadium malam esok akan sama seperti dalam perlawanan bola sepak yang menjadi sukan utama di Malaysia.

“Peminat boleh terus membeli tiket di laman rasmi ‘Myticketempire’ dan juga di stadium pada Ahad.

“Tiket aksi final antara pasukan JDT dan Pahang Rangers akan bermula dari harga 20 hingga 30 Ringgit Malaysia”, katanya ketika dalam sidang media.