FOTO : Malaysia Super Schools Rugby Fifteens

 

PASUKAN Victoria Institution (VI) dalam laluan terbaik untuk merangkul kejuaraan Super Schools Rugby 15s edisi 2023 selepas gah membenam Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII (KE7) dalam aksi separuh akhir petang tadi.

Perlawanan yang berlangsung Padang Ragbi A , Universiti Putra Malaysia (UPM) menyaksikan VI mendominasi untuk meraih kemenangan 23-3.

 

 

Menanti mereka merupakan satu lagi pasukan pilihan, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR Zealord) yang turut menepati ramalan untuk mara ke perlawanan akhir selepas membenam Maktab Tentera DiRaja (RMC) dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung di pada Sabtu.

SEMASHUR Zealord yang dibimbing Amir Ashmaan Abd Mutalib menampilkan aksi memberangsangkan untuk menyekat impian Maktab Tentera DiRaja (RMC) dengan keputusan 9-7.

ARTIKEL BERKAITAN : SM Sains Hulu Selangor ‘ajar’ RMC