BEKALAN selesa dua gol dibawa Terengganu FC menjelang pertemuan kedua suku akhir Piala Malaysia di Kelana Jaya, pada Ahad depan.
Pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sebentar tadi, Sang Penyu menampilkan corak agresif dan berjaya mendapatkan gol pertama menerusi Ivan Mamut
Tindakan Quentin Cheng menjatuhkan Nurillo Tukhtasinov dalam kotak penalti membawa padah apabila Terengganu dihadiahkan sepakan penalti di penghujung separuh masa pertama.
KEPUTUSAN MASA PENUH – PM QF1#PialaMalaysia2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/m6WK6DydCG
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 16, 2023
Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe melakukan tiga pertukaran di babak kedua membawa keluar Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Alex Agyarkwa dan Khuzaimi Piee memasukkan Noor Al-Rawabdeh, Yohandry Orozco dan V Ruventhiran.
Namun, Terengganu sebaliknya bijak mengambil peluang hasil serangan balas pantas dari sebelah kanan sebelum disudahkan tandukan Syahmi Zamri untuk gol menceriakan kira-kira 13,000 penyokong sejati tuan rumah.
Berdasarkan rekod, Terengganu tidak pernah tewas lagi kepada Selangor di laman sendiri dalam semua kejohanan sejak musim 2017.