“KAMI tak ramai, tapi kami ada.”
Begitulah semangat dipamerkan penyokong Malaysia, Adel Kamal yang terbang ke Uzbekistan demi memberi dukungan padu kepada pasukan bola sepak bawah 23 yang bertanding di Piala AFC B-23.
“Ready,” ciapnya di Twitter.
Dia juga berkongsi gambar tiket perlawanan di Tashkent dan suasana di dalam stadium.
Turut bersama Adel adalah sahabatnya, Khairul Anwar yang berada di Stadium Lokomotiv.
Malam ini, sedang berlangsung aksi pembukaan Kumpulan C membabitkan Malaysia bertemu Korea Selatan.