SELANGOR FC mengekalkan kejuaraan Piala Belia yang dimenangi musim lepas apabila berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) IV menerusi agregat 4-3 dalam aksi final kedua di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, malam tadi, Selangor mencatatkan kemenangan 3-2 walaupun JDT mampu menyaingi lawan dengan menghasilkan gol pertama menerusi Naim Zainudin seawal minit kelima.

Perlawanan cukup rancak dan berbalas serangan tetapi kedudukan kekal sehingga berakhir babak pertama.

Cerita 45 minit berikutnya berubah 360 darjah. Selangor mendapatkan gol penyamaan apabila Adam Haikal Azizol akhirnya menggegar gawang pelawat m-58.

Menuju penghujung 10 minit permainan drama kedua-dua pasukan kian mendebarkan apabila Selangor menokok jaringan kedua, Amirul Izwan Rusdi 82′. Keseronokan tuan rumah tak berpanjangan apabila Danish Hakimi Sahaludin 85′ meletakkan JDT berkongsi agregat 3-3.

Ketika penyokong menyangka pertarungan akan dilanjutkan ke masa tambahan, Ahmad Ariz Zuhayr Nor Zaidi muncul wira selepas menyumbat gol kemenangan minit ke-89.

Kejayaan ini merupakan koleksi keempat diperoleh skuad Gergasi Merah selepas mendakapnya pada tahun 2013, 2015 dan 2022.