MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada atlet pelayaran negara, Muhammad Asnawi Iqbal Adam meraih gangsa Sukan Asia Hangzhou pada Selasa.
Asnawi menghadiahkan pingat pertama buat kontinjen negara dalam acara ICLA 4 lelaki.
Pencapaian itu sekali gus memecahkan kebuntuan Malaysia meraih pingat pertama iaitu gangsa menerusi pelayaran.
“Pingat pertama negara daripada sukan pelayaran acara ILCA 4 lelaki . Tahniah Muhammad Asnawi Iqbal Adam menang pingat gangsa untuk Malaysia! ,” ciap Hannah di platform X sebentar tadi.
Acara berkenaan dimenangi pelayar Thailand manakala perak diraih atlet Singapura.
Terdahulu, pingat pertama negara di temasya Sukan Asia Hangzhou dinafikan dengan ketidakadilan mutu pengadilan dalam acara teakwando.
Atlet poomsae wanita negara, Nurul Hidayah Abdul Karim menjadi mangsa sukan subjektif apabila ketika dia yakin dapat melangkah ke separuh akhir, pengadil memutuskan kemenangan berpihak kepada atlet Iran, Marjan Salahshouri.