PUSINGAN kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, musim ke-30 yang di jadualkan pada 21 hingga 22 Oktober 2023 akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak.
Menurut kenyataan rasmi Malaysian Cub Prix, kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian yang bermula pada awal tahun ini di litar tersebut sudah disempurnakan.
“Dengan kelulusan yang diberikan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Lumba Tangkak boleh kembali beroperasi seperti biasa untuk kegunaan sukan permotoran.
“Bagi pihak Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan yang diberikan.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kejuaraan (terutamanya kepada PETRONAS, penaja utama Kejohanan Malaysian Cub Prix) serta semua pasukan, pelumba dan agensi-agensi kerajaan serta masyarakat tempatan kita yang terus menyokong kami dalam merealisasikan misi and matlamat kami,” katanya.
Berikut adalah kalendar terkini bagi musim ini :
Berbaki lagi tiga perlumbaan dengan Bandar Medini Iskandar akan menjadi tuan rumah kelapan pada 6 dan 7 Oktober sebelum saingan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix melabuhkan tirainya di Batu Kawan pada 25 dan 26 November 2023.