BANYAK perkara yang berlaku di luar kawalan saya tapi saya tetap mencuba yang terbaik.”

Demikian kata-kata yang dimuat naik dalam laman sosial peribadi atlet berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang telah menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia selepas menamatkan acara keirin.

Semalam Shah sudah menampilkan aksi yang terbaik juga dalam acara pecut individu sekali gus memberikan pingat gangsa buat negara.

Menurut Shah yang menjadi harapan negara selepas ketiadaan Datuk Azizulhasni Awang, pelbagai rintangan yang dilalui semasa bertarung di pentas Sukan Asia sejurus hanya mampu untuk menghadiahkan dua pingat gangsa buat Malaysia.

“Walau sehebat mana kita merancang dan mengatur, saya pasti perancangan Allah itu lebih baik.

“Secara keseluruhan, ia bukanlah satu perlawanan yang buruk bagi saya kerana masih ada perkara atau kemanisan yang boleh saya banggakan,” katanya dalam laman sosial peribadi.

Sebagai rekod, edisi terdahulu di Jakarta-Palembang, Indonesia pada 2018, pingat emas acara itu dimenangi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang.

ARTIKEL BERKAITAN : Shah Firdaus tutup tirai basikal trek sumbang pingat keempat Malaysia