PEMAIN England dilaungkan ‘boo’ oleh penyokong Hungary semasa meletakkan lutut dalam 90 darjah sebagai protes terhadap diskriminasi kaum dalam aksi yang berlangsung di Budapest, Hungary.
Sebelum ini, kedua-dua pasukan telah dijatuhkan hukuman dari FIFA dan UEFA atas sifat perkauman yang tinggi.
Bagaimanapun, Hungarian FA menolak arahan Fifa dan Uefa dengan menegaskan bahawa Artikel 73 memaklumkan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun boleh hadir ke stadium ditemani penjaga masing-masing.
Perlawanan tersebut menyaksikan hampir 40000 kanak-kanak hadir ke stadium bersama penjaga mereka untuk memberi sokongan kepada Hungary.
Sejurus selesai nyanyian kebangsaan masing-masing, pasukan England merendahkan lutut untuk menggambarkan protes terhadap sikap perkauman yang tercetus sebelum ini namun telah di ‘boo’ oleh penyokong Hungary.
Sementara itu, ketika ditemubual Reuters, UEFA enggan memberi sebarang komen balas terhadap insiden tersebut.
Ia mengejutkan pengurus England Gareth Southgate dengan kehadiran terlampau ramai penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Terdahulu, perlawanan antara Hungary dan England berkesudahan 1-0 meletakkan Hungary berada di puncak liga dengan 3 mata penuh mengatasi Itali, Jerman dan England.