MUHAMMAD Azeem Fahmi mengakhiri penantian 41 tahun pingat acara 100 meter (m) lelaki Sukan Asia, apabila berjaya menaiki podium selepas muncul ketiga melintasi garisan penamat pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.

Kali terakhir atlet negara menaiki podium, pada Temasya New Delhi 1982, ketika Datuk Rabuan Pit merangkul pingat emas.

Pada final berlangsung di Pusat Olimpik Hangzhou, Azeem, 19, yang mencatat keenam terpantas pada separuh akhir, bermula di lorong kelapan berlari di sisi atlet Thailand Puripol Boonson.

May be an image of basketball and text that says "Men's100m Men's 100m Medal Ceremony CHN XIE Zhenye THA BOONSON Puripol MAS BIN MOHD FAHMI Muhammad Azeem MUNICH BORNAN SPORTSTECHNOLOG FLASH KIANTAS SUKAN 22:32:37 KELME"

Dia menamatkan larian dengan catatan 10.11 saat (s) di belakang pemenang emas dari China, Xie Zhengye (9.97s) dan pelari Thailand, Puripol Boonson perak (10.02s).

Menurut Azeem, dia tidak menyangka akan menaiki podium kerana sedar ramai pelari melakukan catatan peribadi dan musim terbaik masing-masing.

Azeem berguling kerana tidak menyangka dapat nmenaiki podium, selepas dinobat pemenang pingat gangsa 100m Sukan Asia Hangzhou 2022.

“Ini adalah pingat pertama saya di peringkat antarabangsa, walaupun saya memegang rekod kebangsaan (10.09s) tapi saya tak pernah menang di peringkat antarabangsa.

“Walaupun hanya sekadar gangsa, ini amat bermakna. Pingat ini untuk ibu bapa saya. Saya berjanji dengan mereka untuk berikan pingat di kejohanan terakhir musim ini dan saya berjaya kotakan janji itu.

Azeem terkejut melihat papan keputusan yang memaparkan namanya sebagai pemenang pingat gangsa.

“Alhamdulillah, kejayaan ini juga hasil dari doa seluruh rakyat Malaysia, ibu bapa dan rakan-rakan saya,” katanya.

Terdahulu ia adalah pingat gangsa kedua buat kontinjen olahraga negara selepas Shereen Samson Vallabouy berjaya meraihnya dalam acara 400m.

Shereen menamatkan saingan dengan catatan 52.58s yang menyaksikan atlet Bahrain, Mujidat Adekonya memenangi pingat emas (50.66s) dan rakan senegara, Salwa Eid Naser merangkul perak dengan 50.92s.