KUCHING City FC mencipta kejutan menyingkirkan pasukan pilihan, Kedah Darul Aman FC dalam saingan suku akhir kedua Challenge Cup 2023 dengan kemenangan agregat 4-0 di Alor Setar malam ini.
Gol daripada Abu Kamara minit ke-9 dan jaringan berganda Pedro Henrique 72′, 89′ memastikan kelab dari Sarawak itu mara ke peringkat separuh akhir.
Pada aksi pusingan pertama, The Cat mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan Abu Kamara.
Kamara pada malam ini kembali mempamerkan penyudah berbisanya apabila membuka tirai jaringan pada minit kesembilan.
SUKU AKHIR 2 CHALLENGE CUP
FT : Kedah Darul Aman 0-3 Kuching City FC
⚽ Abu Kamara 9', Pedro Henrique 72', 89'
Kuching City layak ke separuh akhir agregat 4-0 #ChallengeCup2023#pulunkedahpulun#kamekkuchingcity pic.twitter.com/kr0eYudp9U
— Flash Sukan (@FlashSukan) October 4, 2023
Keputusan itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat.
Bersambung babak kedua, KDA FC yang diramal akan bangkit seolah-olah hilang punca apabila gagal menahan serangan bertali arus skuad pelawat.
Sebaliknya, Pedro Henrique menambah derita tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-73 dan 89.