GENAP 365 hari Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin meneruskan agenda bola sepak negara selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Gianni Infantino.
Ia dilakukan selepas menerima undangan daripada Infantino sendiri dan peluang itu dimanfaatkan Hamidin untuk berkongsi perkembangan bola sepak tanah air dan juga prestasi pasukan kebangsaan.
“Pada hari ini tahun lepas, saya bertemu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, untuk membincangkan pelbagai perkara pembangunan bola sepak.
“Saya berterima kasih kepadanya atas tumpuan FAM terhadap pertumbuhan bola sepak wanita serta penglibatan aktif mereka dengan program FIFA Forward dan FIFA Football For Schools sambil kami merenung pelbagai kerja yang dijalankan setakat ini,” kata Infantino menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman Instagram.
Turut dibincangkan dalam pertemuan empat mata ketika itu ialah potensi kerjasama dua hala membabitkan FAM dan FIFA dalam bola sepak.
FAM antara ahli gabungan negara yang turut menyertai Program ‘FIFA Forward’ iaitu mekanisme badan induk dunia itu memperkasakan negara anggotanya menerusi sokongan kepada pembangunan, futsal, wanita dan juga fasiliti.
Terbaharu, Malaysia menerima impak positif menerusi perkembangan yang ditunjukkan para pemain negara selepas menewaskan Arab Saudi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Women’s International Friendly di Taif, Arab Saudi pada I Oktober lepas.
ARTIKEL BERKAITAN : Hamidin terima kunjungan hormat ke atas Presiden FIFA