TAHUKAH anda, ada empat negara yang gagal meraih walaupun sebutir pingat di Sukan Asia 2022 hingga hari penutupan malam ini.

Empat negara itu ialah Timor Leste, Bhutan, Maldives dan Yaman. Menurut laman web rasmi Sukan Asia Hangzhou, Bhutan menghantar kontinjen terbesarnya dalam sejarah Sukan Asia.

Bhutan menghantar 28 atlet yang muncul dalam 10 sukan: memanah, olahraga, badminton, tinju, golf, judo, karate, renang, menembak dan taekwondo.

Sementara itu, Timor Leste menghantar 23 atlet untuk tampil dalam sembilan sukan. Kebanyakan atlet Timor Leste adalah dalam olahraga. Timor Leste adalah satu-satunya negara Asia Tenggara yang gagal memenangi pingat pada Sukan Asia kali ini.

Maldives menghantar 79 atlet yang muncul dalam sembilan sukan. Sementara itu, Yaman mempunyai 18 atlet yang bertanding dalam lapan sukan.

Dalam kedudukan akhir Sukan Asia 2022, tuan rumah China sekali lagi menjadi juara keseluruhan dengan 201 pingat emas, 111 perak dan 71 gangsa.

China mendahului Jepun yang naib juara dengan 52 emas, 67 perak dan 69 gangsa. Korea Selatan menduduki tempat ketiga dengan 42 emas, 59 perak dan 89 gangsa.

Kontinjen Malaysia menamatkan Sukan Asia kedudukan ke-14 dengan mengumpul enam emas, lapan perak dan 18 gangsa.

4 negara gagal memenangi pingat di Sukan Asia 2022 :

Bhutan
Timor Leste
Maldives
Yaman