IMIGRESEN FC (IFC) kini berada di kedudukan selesa selepas merampas singgahsana daripada Kuala Lumpur Rovers apabila menewaskan Malaysian University dalam aksi Liga MBSB Bank Championship tempoh hari.

Pengendali IFC, Mat Zan Mat Aris menyatakan  tidak menjangka pasukannya dapat mengekalkan rentak kecemerlangan hingga ke perlawanan yang ke-22 ini.

Menurutnya, rekod menang dan hanya kalah tiga kali oleh IFC ini merupakan hasil daya usaha anak buahnya yang tidak pernah berputus asa sekali gus memberi komitmen sepenuhnya dalam perancangan yang dilakukan.

“Ini merupakan kali pertama IFC berada di atas dimana kita lihat sebelum ini KL Rovers telah mendahului setiap perlawanan liga MBSB tetapi kali ini kami berjaya menewaskan mereka dengan memiliki satu mata lebih.

“Saya nampak sikap konsisten yang ditunjukkan oleh para pemain IFC sehingga dapat mencapai khabar baik ini dan tidak dinafikan ada juga sisi kekurangan yang perlu dibaiki lagi.

“Harapan saya adalah IFC perlu menang dalam baki dua perlawanan selepas ini dan meraih maksimum enam mata bagi melegakan keadaan untuk meletakkan mereka IFC sebagai juara,” ujarnya kepada FLASH SUKAN.

The Mighty Tigers dijadualkan akan menghadapi lagi dua baki saingan seterusnya berdepan Bukit Tambun FC dan Melaka FC.