PASUKAN futsal negara gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Futsal 2024 di Thailand, 17 hingga 28 April 2024.

Malaysia mendapat realiti pahit gagal layak selepas mengalami kekalahan kedua kepada Uzbekistan, 3-4, di Kompleks Sukan Samo, Uzbekistan, pada Isnin.

Jaringan bertali arus tuan rumah menerusi Ropiev Ikhtiyor m-18′, Choriev Davron 31′, Elbek Tulkinov 32′ dan Rakhmatov Dilshod 38′ hanya mampu dibalas tiga gol Malaysia menerusi hatrik Syahir Iqbal 33′, 39′ 39′.

Kekalahan itu meletakkan Malaysia di tempat ketiga dalam kedudukan Kumpulan G tanpa sebarang mata daripada dua perlawanan.

Baki perlawanan menentang Kemboja pastinya tidak dapat membantu Harimau Malaya untuk bersaing dengan Uzbekistan dan Iraq. Sebelum ini, pada perlawanan pertama, Malaysia tewas 1-2 kepada Iraq.

Ketika ini, Iraq berada di tangga teratas Kumpulan G dengan enam mata daripada dua perlawanan. Afghanistan mencatatkan mata yang sama. Bagaimanapun, Iraq berhak berada di kedudukan teratas menerusi perbezaan jaringan.

May be an image of 4 people and text

Malaysia merupakan antara pasukan ASEAN yang gagal melayakkan diri ke Piala Futsal Asia 2024. Selain Malaysia, Kemboja, Timor Leste dan Brunei Darussalam juga tidak layak.

Manakala, Vietnam dan Myanmar sudah pasti layak ke pusingan akhir Piala Futsal Asia 2024 di Thailand.