IMPIAN emas pertama di Sukan Olimpik Paris, diharap dapat dicapai selepas kerajaan membentangkan peruntukan besar perkukuh ekosistem atlet yang sebahagian daripadanya menjurus kepada program Road to Gold.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria berkata, peruntukan RM72 juta disediakan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Norza berkata, peruntukan besar itu untuk memperkukuhkan ekosistem atlet podium dengan RM20 juta daripadanya disalurkan kepada program Road to Gold (RTG) memberi peluang dan ruang kepada atlet  menyertai lebih banyak kejohanan peringkat antarabangsa.

Bertrand Rhodict Lises (kanan) atlet negara yang pertama mengesahkan slot ke Olimpik Paris.

Beliau berkata, bantuan kewangan daripada kerajaan amat penting bagi memastikan segala gerak kerja untuk memperoleh emas pertama di Olimpik dapat direalisasikan di Paris tahun depan.

“Kami mengalu-alukan keperihatinan kerajaan dalam memberi peruntukan yg lebih besar kepada podium dan peruntukan spesifik buat RTG. Ia akan memberi peluang yang besar dlm membiayai program latihan dan pertandingan.

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria legara, Belanjawan 2024, ambil kira keperluan atlet menyertai latihan dan kejohanan antarabangsa.

“Paling penting adalah memastikan lebih ramai atlet negara melayakkan diri ke Olimpik,” kata Norza.

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 Malaysia Madani mengumumkan RM72 juta bagi memperkukuhkan ekosistem atlet yang berada di bawah program podium.

Skuasy antara sukan yang sentiasa mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

RTG adalah jawatankuasa khas yang dibentuk bagi memantau prestasi atlet elit yang dikenal pasti sebagai prospek pingat di Temasya Paris 2024 dan Los Angeles 2028. Ia dipengerusikan bersama oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Norza.

“Peruntukan khas untuk RTG akan digunakan bagi membiayai program latihan dan pertandingan dengan tumpuan kepada usaha memastikan kelompok atlet lebih besar layak ke Paris, sekali gus meluaskan prospek Kontinjen Negara, menggapai pingat emas.

Badminton menghantar penyertaan acara terbesar (11) di Sukan Asia Hangzhou lalu.

“Kerajaan juga meneruskan dasar menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi untuk badan sukan dan sektor swasta menerusi geran padanan RM50 juta serta mencadangkan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan sehingga RM1,000.

“Jelas Kerajaan mengambil kira kehendak dan keperluan semua lapisan masyarakat sukan dalam menyemarakkan arena sukan negara,” kata Norza.