PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA) FC sudah merangka perlawanan ujian bagi aksi ‘pemanas badan’ sebelum kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022 yang bermula hujung Jun ini di Bali, Indonesia.
Edisi ke-19 menyaksikan Kedah telah diundi berada dalam Kumpulan G yang turut membabitkan kelab dari Filipina (Kaya F.C.–Iloilo), Indonesia (Bali United FC) dan Kemboja (Visakha FC).
Menurut info Twitter KEDAH DARUL AMAN FC @kda_fc, skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak akan bertemu Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Isnin.
“We keep going on and on!
“Esok (malam ini) aksi ujian menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang,” ciapan hantaran itu.
Para penyokong kedua-dua pasukan sudah boleh membelinya sekarang di Pejabat Penang FC dengan harga RM5 (Terbuka), RM10 (Grandstand Open) dan RM20 (Grandstand) bermula bermula 11 pagi ini sehingga 5 petang.
Kelihatan beberapa pemain Sang Kenari yang tekun menjalani rutin harian di Alor Setar termasuklah penjaga gawang, Ifwat Akmal Chek Kassim.
Pencapaian terbaik pasukan dari utara itu adalah pada edisi 2008 apabila mereka berjaya layak ke peringkat suku akhir, tetapi kalah di tangan kelab Bahrain, Al-Muharraq.
Selain Kedah, pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) turut akan mewakili Malaysia untuk saingan pada musim ini.