PASUKAN LMS Tigress melakukan perkara luar biasa apabila hanya hadir dengan 12 orang pemain sahaja untuk berhadapan Selangor dalam aksi Liga Wanita Nasional (LWN) di Stadium Majlis Perbandaran Sepang, Salak Tinggi pada Ahad.
Apa yang membanggakan adalah, LMS Tigress berjaya mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan Jaciah Jumilis pada minit ke-70 sekali gus berjaya keluar dari tangga terakhir liga selepas berakhir enam perlawanan.
Kecederaan beberapa pemain memaksa skuad yang diketuai oleh Steffi Sidhu itu terpaksa mengharungi perlawanan dengan hanya seorang pemain simpanan dan penjaga gol yang diturunkan adalah penjaga gol ‘back up‘ yang juga seorang ‘in field player’.
Tak pernah pernah dalam sejarah bola sepak i, i main bola dengan satu sub player. Satu tau! 🥹
Proud of my teammates and we managed to secure 3 points. 🙏🏼— Steffi Sarge Kaur (@SteffiSidhu) October 15, 2023
Menurut ciapan di laman X peribadi Steffi, kapten pasukan Malayan Tigress itu mengakui ini adalah kali pertama dalam sejarah dirinya beraksi dengan hanya satu pemain simpanan namun masih mampu meraih tiga mata penuh.
“Tak pernah pernah dalam sejarah bola sepak i, i main bola dengan satu sub player. Satu tau!. Proud of my teammates and we managed to secure 3 points,” ciap Steffi.
Kemenangan itu adalah kemenangan kedua LMS Tigress dalam LWN musim ini dan bakal menjadi pemangkin semangat buat mereka untuk bertemu pendahulu liga, Sabah pada 21 Oktober nanti.
Keputusan Masa Penuh Hari Perlawanan 7 LWN 2023
Selangor FC 0-1 LMS Tigress FC
⚽️ Jaciah Jumilis 70’#FAM #HarimauMalaya #LWN2023 #ItsOurTime pic.twitter.com/mhSh1Fiv1e
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 15, 2023
Dalam dua lagi perlawanan yang berlangsung, Malaysia University menewaskan Kelana United 3-1 manakala SSMP diikat Sabah dalam aksi di Gambang.