LEGENDA badminton tanah air, Foo Kok Keong dianugerahkan Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di-pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayattudin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin.

Pemenang Piala Thomas 1992 itu nyata gembira dan berbesar hati dengan penganugerahan ini dan turut menasihatkan para pemain yang bercita-cita tinggi untuk mewakili negara supaya bekerja lebih keras kerana standard badminton kini sudah meningkat.

Kok Keong dianugerahkan Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di-pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayattudin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. Foto: FB

Kini pada usia 59 tahun, dia masih aktif melatih bakat-bakat baharu yang berpotensi dari golongan B40 menerusi penglibatan beliau dalam pertubuhan NGO.

Sebagai rekod, Foo Kok Keong adalah sebahagian daripada skuad yang menjulang Piala Thomas pada 1992 dan juga Pingat Emas Sukan SEA 1991.