PELUMBA pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran mencatatkan masa terpantas 43’640 saat pada sesi kelayakan bagi kategori CP150 di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak.
Afif kini menduduki tempat ketiga secara keseluruhan dengan jumlah 114 mata.
“Cabaran saya pada hari ini adalah litar basah. Pada penghujungnya kering jadi agak susah untuk kami cari setup yang bagus untuk jentera.
“Untuk sesi Super-Pole nanti, kami sepasukan akan berbincang untuk persediaan jentera dengan menggunakan data yang sedia ada.
“Saya berharap dapat salah satu tempat di barisan pertama. Pesaing utama saya di litar ini adalah Azroy kerana kami berdua kini hampir sama mata. Oleh itu, persaingan sudah pasti sengit.
“Untuk perlumbaan, saya akan cuba dapatkan tempat keempat atau ketiga teratas supaya saya dapat kekalkan kedudukan keseluruhan saya,” jelasnya.
Di tempat kedua terpantas adalah Kasma Daniel dengan catatan masa terpantas pada 43’694s manakala Azroy Hakeem mencatatkan masa ketiga terpantas, 43’696s.