KETUA Jurulatih Stallion Laguna FC, Ernest Nierras memperakui kualiti pasukan Terengganu FC dan mereka tetap cuba melakukan yang terbaik sepanjang 90 minit perlawanan.

Hampir mengejutkan tuan rumah selepas mendahului 2-1 sehinggalah pintu gawang Stallion Laguna bocor di masa kecederaan babak kedua.

“Kami bolos beberapa minit terakhir penghujung separuh masa. Tetapi, inilah bola sepak

“Saya rasa ini akan membuatkan ramai orang kini sedar bahawa dua perlawanan pertama kami dan kedua tidak mencerminkan apa yang kita mampu lakukan.

“Pemain hari ini bermain sepenuh hati. Anda tahu, kami mempunyai beberapa kecederaan pemain yang perlu kami uruskan.

“Mereka bermain sangat kuat. Mereka bermain sepenuh hati dan saya harap peminat menghargai,” katanya selepas perlawanan.

Dia yang pernah tinggal di Pulau Pinang selama lima tahun memberitahu matlamat utama mendapatkan mata pertama dalam pertandingan Piala AFC tercapai.

“Jika seri untuk menang, tidak mengapa. Peminat menghargai apa yang kami lakukan mereka juga meminta jersi kami. Saya terpaksa menanggalkan baju dan topi saya dan memberikannya kepada peminat,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanannya, Abraham Placito berkata, keputusan seri diraih menaikkan lagi semangat mereka selepas kekalahan besar 9-1 kepada juara Australia, Central Coast Mariners.

“Saya rasa ia menaikkan semangat. Anda tahu, selepas kalah besar dalam aksi sebelum ini anda sedar kita boleh berputus asa dan hanya berseronok atau kita boleh fokus untuk kecerdasan.

“Secara jujur, kami berada pada posisi untuk menang dan mereka sangat hampir untuk mendapatkannya,” katanya menolak dakwaan merupakan pemain sukan rabgi sebelum berkecimpung dalam arena bola sepak.