WALAUPUN perjalanan skuad bola sepak Malaysia pada kempen Piala AFC B-23 di Tashkent telah terhenti, namun perlawanan bermaruah bertemu Vietnam pada Rabu harus diakhiri dengan nota kemenangan.
Ini kerana, tugas pemain bimbingan Brad Maloney tetap sama iaitu masih ada baki 90 untuk dihadapi meskipun sudah terkeluar dari persaingan ke suku akhir.
Pertembungan dengan Golden Star Warriors boleh dianggap misi balas dendam kerana negara tewas 0-1 kepada lawan sama di peringkat separuh akhir Sukan SEA Hanoi dua minggu lepas.
Bagaimanapun, Gong Oh-kyun selaku pengendali Vietnam dijangka menurunkan kekuatan penuh memandangkan mereka perlu meraih kemenangan jika ingin mara dari Kumpulan C.
Selepas dua perlawanan, Vietnam di tangga ketiga dengan memperoleh dua mata berbanding Harimau Muda kekal kedudukan tercorot termasuk bolos tujuh gol.
Sedikit mengejutkan, puncak sementara bukan dihuni oleh juara bertahan, Korea Selatan atau Vietnam yang tahun ini muncul juara Piala AFF Suzuki dan Sukan SEA 2022.
Sebaliknya, Thailand yang meraih empat mata hasil sekali menang dan sekali seri.
Vietnam vs Malaysia
Venue: Stadium Lokomotiv (Tashkent)
Sepak mula : 9 malam