PRESIDEN Colombia, Gustavo Petro berkata ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz telah diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, tetapi pegawai masih mencari bapanya yang hilang.
Pejabat peguam negara Colombia sebelum ini berkata bahawa mereka mengumpulkan pasukan penyiasat untuk mencari pasangan itu di Barrancas, sebuah perbandaran di wilayah La Guajira di utara Colombia.
Polis mengesahkan menyelamatkan ibu Diaz, Cilenis Marulanda, dan berkata telah berbicara dengan Pengarah, William Rene Salamanca.
Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool menandatangani pemain sayap Colombia Diaz menerusi perjanjian berjuta-juta dolar pada Januari 2022.
Menurut kronologi pihak tempatan, ibu bapa pemain The Reds yang sedang menaiki sebuah kenderaan di bandar Barrancas, La Guajira (tempat kelahiran Diaz) telah dihalang oleh seseorang individu.
Namun, terdapat laporan lain yang bercanggah telah mengatakan bahawa kemungkinan ibu dan bapa Diaz dipaksa memasuki van yang tidak diketahui semasa ingin menonton perlawanan bola sepak dan menyokong anak lelakinya.
Pengarah Polis Negara Gaula, Geovanni Cristancho difahamkan sedang mengetuai misi mencari dan menyelamat bapa Diaz di bahagian wilayah utara sejurus mengharapkan usaha yang dijalankan turut berhasil.
Selain itu, pihak beruniform iaitu tentera dan polis juga bekerjasama di rantau tersebut untuk membantu mengenal pasti keberadaan mangsa (bapa Diaz).
Walau bagaimanapun, bapanya masih dipercayai sedang ditawan oleh ‘lelaki bersenjata’ di daerah penculikan tersebut.