PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima pengiktirafan apabila dianugerahkan Kejurulatihan Konvensyen AFC Pro Level di Majlis Penyampaian Pengiktirafan Teknikal AFC, di Doha, Qatar, hari ini.
Pengiktiran itu disampaikan oleh Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut hadir di Doha, Qatar bagi majlis Anugerah Tahunan AFC.
Dalam menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada AFC, Hamidin juga percaya pengiktirafan Pro Diploma kejurulatihan berkenaan pastinya akan menjadi mencetus semangat kepada kakitangan Jabatan Teknikal dan kejurulatihan khususnya, dan semua anggota pentadbiran FAM, secara amnya, dalam membangunkan lagi bola sepak.
“Pengiktirafan ini memainkan peranan penting dalam membantu FAM meningkatkan kualiti pendidikan kejurulatihan di seluruh Malaysia,” kata Hamidin.