SKUAD muda Kelantan United FC Bawah (B-16) mahu menggunakan kesempatan beraksi pada kejohanan Kasaoka International U-16 Friendly Tournament sebagai batu loncatan meraih pengalaman dalam melahirkan lebih ramai pemain terbaik pada masa akan datang.

KUFC B-16 yang dibimbing oleh Rezal Zambery Yahya akan beraksi bertemu dengan tiga kelab akademi di Jepun.

“Alhamdulillah, skuad B-16 Kelantan United FC telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Jepun. Mereka akan menaiki bas dan keretapi laju untuk ke Kasaoka.

“Sepanjang berada di sana sehingga 7 November, selain pertandingan melawan tiga kelab akademi, banyak aktiviti telah diatur buat pasukan.

“Antara aktiviti yang dirancang ialah klinik bola sepak bersama kelab J2 League, Fagiano Okayama, lawatan tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar Kaiyukan, Kasahara, Okayama, Hiroshima dan banyak lagi,” menurut kenyataan rasmi kelab.

May be an image of 15 people and text

 

Selain itu, pasukan muda The Green Deers itu akan dibawa melawat beberapa sekolah terbaik di sekitar Kasaoka.

“Semoga memberi pengalaman terbaik buat semua pemain akademi kami kerana mereka kini bakal didedahkan dengan negara yang telah membuktikan kejayaan dari peringkat akar umbi sehingga ke senior,” katanya lagi.

Buat KUFC B-16, peminat di tanah air sentiasa berdoa dan mengharapkan keputusan yang positif daripada anda.

May be an image of 13 people and people playing football