FOTO: MIE Racing

PETRONAS MIE Racing Honda Team mengumumkan kontrak baharu bagi kedua-dua pelumba World SuperSports (WSSP) tahun ini, Adam Norrodin dan Tarran Mackenzie bagi musim 2024.

Adam dan Tarran diberikan slot untuk mengetuai cabaran pasukan dalam kelas WorldSBK.

Adam sebelum ini pernah berlumba dalam kelas 1000 dalam Asia Superbike dan 8 hour endurance. Tarran sebelum juga merupakan juara dalam British Superbike 2021.

“Pertama sekali, saya ingin ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada Midori Moriwaki, kepada PETRONAS dan kepada Honda. Ia adalah satu keputusan besar untuk perpindahan ke World Superbike tetapi ia satu peluang yang baik untuk saya dan sesuatu yang saya inginkan sejak sekian lama.

“Kami tahu bahawa kejuaraan akan menjadi lebih kompetitif musim depan dan oleh itu ia akan menjadi satu cabaran besar, tetapi saya juga tahu bahawa saya akan dapat belajar dan berkembang dengan begitu banyak dengan mengambil bahagian,” kata Adam menerusi kenyataan di Tarmac Sports.

Menurut pelumba kelahiran Johor berusia 25 tahun itu, mewakili PETRONAS dan negara saya adalah satu penghormatan dan dirinya berterima kasih atas peluang diberikan.

“Saya kini akan memberi tumpuan kepada latihan lebih gigih berbanding sebelum ini untuk bersedia menghadapi apa yang saya tahu akan menjadi tahun yang sukar tetapi sangat merangsang. Saya sangat gembira dan teruja untuk masa depan,” katanya.

No photo description available.

Sebagai rekod, Adam sebelum ini pernah bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada 2022 dan berjaya menaiki dua podium ketika mengemudi jentera BWM S1000RR bersama pasukan ONEXOX BMW TKKR Team.

Selain itu, dia juga pernah bersaing dalam kelas Moto2 dan Moto3.