KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon menaruh harapan aksi Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz pada 16 November ini akan tetap dapat dilangsungkan di Stadium Nasional.

Ujar Pan-gon, berdasarkan tinjauan terkini bersama pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) semalam, mendapati bahawa keadaan padang adalah bertambah baik berbanding ketika Pestabola Merdeka, bulan lepas.

“Stadium Nasional, Bukit Jalil merupakan Rumah Harimau Malaya. Para penyokong dan pemain sendiri sudah cukup biasa dengan suasana di stadium ini. Ia kubu kuat pasukan Harimau Malaya.

“Selain memudahkan urusan kehadiran penyokong memandangkan Stadium Nasional ini terletak di Lembah Klang sekali gus lebih ramai yang boleh hadir, ia juga membantu mengurangkan tempoh perjalanan pasukan Harimau Malaya sendiri berbanding jika aksi di gelanggang sendiri ini dilangsungkan di luar Lembah Klang,” menurut kenyataan rasmi FAM pada Jumaat.

May be an image of 1 person, playing American football, playing football and text that says "DUALIFIERS The National Stadium, Bukit Jalil is the Home of Harimau Malaya thus the fans and the players are well familiar with the atmosphere in this stadium. The National Stadium is like the fortress of Harimau Malaya. It would be best and my great hope for our World Cup 2026/ Asian Cup 2027 Qualification first match of Group D, against the Kyrgyz Republic will still be able to be played at the National Stadium this coming November. 16. Kim Pan Gon National Head Coach @ fam.org.my BANKCAM sunif -B0 @FAMalaysiaOfficial @FAMalaysia @FAM_Malaysia @FAM EXTRAJOSS K MONDG ORIGINA CAT Sanctbandimm"

Dari segi teknikal, keadaan padang di Stadium Nasional pastinya akan lebih baik menjelang tempoh dua minggu yang akan datang ini.

“Walaupun bukanlah 100 peratus, cukup untuk kita bermain di atas permukaan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Lagipun untuk aksi bertemu Republik Kyrgyz ini hanyalah satu perlawanan, sebelum kami terbang ke Chinese Taipei untuk perlawanan kedua pada 21 November.

“Jadi harapan saya, perlawanan 16 November ini akan kekal berlangsung di Bukit Jalil dan saya juga menyeru para penyokong Harimau Malaya dapat datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan kita bagi memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri,” katanya.