BINTANG ragbi Barbarian, Api Ratuniyarawa telah didakwa melakukan kesalahan serangan seksual terhadap tiga wanita di sebuah kelab malam.

Ratuniyarawa yang berasal dari Northamptonshire Barat, telah hadir ke mahkamah Cardiff pada petang Jumaat.

Polis South Wales mendedahkan bahawa pemain ragbi berusia 37 tahun itu didakwa melakukan serangan seksual dengan cara penetrasi dan menyentuh mangsa.

Dalam perbicaraan itu, dia didakwa telah menyerang wanita-wanita tersebut dalam tiga kejadian berasingan di Revolution Bar di Cardiff. Difahamkan ketika kejadian, Ratuniyarawa bersama pemain Barbarian lain ketika ditangkap pada awal pagi Rabu dan ditahan.

Image

Sebelum ini, penyerang London Ireland dari Fiji ini telah disenarai untuk bermain dalam pasukan Barbarian pada Sabtu dalam perlawanan menentang Wales di Stadium Principality Cardiff.

Pasukan jemputan berpangkalan di Britain, Barbarian FC, mengeluarkan kenyataan: “Sebaik sahaja kami dihubungi oleh Polis South Wales, kami memberikan kerjasama sepenuhnya dan membantu mereka dalam menjalani siasatan. Atas nasihat mereka, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Pasukan ini diketuai oleh legenda ragbi Wales, Alun Wyn Jones, sebelum beliau bersara selepas 170 penampilan untuk Wales dan British Lions.

Terdahulu, Ratuniyarawa sepatutnya bermain untuk Fiji dalam Piala Dunia Ragbi yang baru-baru ini berlangsung di Perancis, tetapi dia menarik diri dari pasukan itu pada bulan Julai atas alasan keluarga.

Rugby: Api Ratuniyarawa, acuzat că a agresat sexual trei femei

Majistret Cardiff ketika perbicaraan mendapati ketiga-tiga mangsa tidak mengenali satu sama lain dan ketiga-tiga serangan yang didakwa berlaku secara berasingan antara satu sama lain. Ratuniyarawa bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Dia dibebaskan dengan jaminan dan dikenakan sekatan elektronik antara jam 7 malam hingga 7 pagi. Sementara itu, Majistret Peter Hamley melarang pemain ragbi itu daripada memasuki semula Wales sehingga dia hadir di Mahkamah Cardiff Crown pada 4 Disember depan.

Ratuniyarawa juga tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis berlesen yang menjual alkohol seperti bar, kelab dan restoran, dan dilarang menghubungi mana-mana saksi dalam kes itu.