PERTEMBUNGAN Liga Juara-Juara Newscastle di Borussia Dortmund terpaksa ditangguhkan seketika selepas penyokong tuan rumah melemparkan bola tenis, jongkong emas palsu dan sampah sarap ke padang.
Perlawanan dihentikan sebentar pada separuh masa untuk membersihkan padang. Pihak Dortmund dipercayai membantah pembaharuan format Liga Juara-Juara pada musim hadapan dan kesan rasuah wang dalam bola sepak secara lebih meluas.
Ketika protes itu berlangsung, Dortmund mendahului keputusan 1-0. Sebuah sepanduk di bahagian tempat duduk penonton menulis: “Anda tidak peduli dengan sukan – yang anda pedulikan hanyalah wang.”
“You don’t care about the sport – All you care about is money!”
Borussia Dortmund fans with another protest against UEFA
Fake bars of gold and money bags were also thrown on the pitch #BVBNEW #UCL pic.twitter.com/AGMofsKgsg
— BVB Buzz (@BVBBuzz) November 7, 2023
Para pemain kemudiannya membantu membersihkan sampah dan jongkong emas palsu dari padang untuk meneruskan perlawanan yang berlangsung secepat mungkin. Namun, ketika perlawanan diteruskan, masih terdapat sampah di padang.
Sebuah dokumen bertajuk ‘Reclaim the Game’ mengutarakan sebahagian daripada rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Dortmund dalam talian. Ia mempunyai slogan: “Bola sepak untuk berjuta-juta peminat, bukan berbilion-bilion Euro!”.
Niclas Fullkrug opens the score for Dortmund!
Dortmund 1-0 Newcastle United pic.twitter.com/fmOzAiWc2G
— KobbyRhymes (@kobbyRhym) November 7, 2023
Dalam perlawanan itu, Niclas Fullkrug memberikan keunggulan kepada pasukan tuan rumah dengan menjaringkan gol pada jarak dekat. Pada separuh masa kedua, gol berjaya dijaringkan oleh Julian Brandt sekali gus meraih kemenangan 2-0 buat Dortmund menentang Newscastle.
Kelab Jerman itu kini telah berjaya menewaskan Newcastle dalam dua perlawanan, walaupun Newcastle mendapat sokongan kewangan dari Saudi. Newcastle dan Dortmund sama-sama berusaha untuk keluar dari Kumpulan F yang penuh dengan saingan hebat.
Die Borussen mengumpul tujuh mata selepas meraih dua menang dan satu seri untuk berada tangga teratas kumpulan meninggalkan Paris Saint Germain dan AC Milan masing-masing berkedudukan posisi kedua dan ketiga.