PERLAWANAN penting Manchester United dalam Liga Juara-Juara menentang FC Copenhagen awal pagi Khamis menerima gangguan daripada seorang penceroboh yang memasuki padang dengan membawa bendera pro-Palestin.
Pasukan Inggeris itu baru sahaja mendahului 1-0 di Denmark menerusi gol Rasmus Hojlund pada minit ketiga. Permainan terpaksa dihentikan sementara atas faktor keselamatan bagi mengendalikan seorang lelaki dalam padang.
🚨🚨| A person enters the pitch and raises the Palestine flag during the Copenhagen and Manchester United game.
— CentreGoals. (@centregoals) November 8, 2023
Kamera yang merakam dihentikan, tetapi imej menunjukkan lelaki itu membawa bendera Palestin, yang bertulis ‘Palestin Bebas’.
Ia juga menulis: ‘Hentikan pembunuhan kanak-kanak di Gaza’ dan ‘mari kita berdiri bersama’.
Permainan sekali lagi dihentikan pada minit ke-16 kerana kecemasan perubatan di tempat penonton. Permainan disambung semula empat minit kemudian.
Copenhagen menggunakan masa itu untuk menyamakan kedudukan selepas Rasmus Hojlund meletakkan pelawat mendahului pasukan tuan rumah 2-0.
United sekali lagi mendahului melalui Bruno Fernandes, tetapi Copenhagen akhirnya meraih tiga mata sekali gus menyebabkan anak buah Erik ten Hag menduduki tangga tercorot Kumpulan A.