KELAB Manchester United berkemungkinan bakal dikendalikan oleh Sir Jim Ratcliffe beberapa hari lagi memandangkan dia bakal mengambil alih hampir 25 peratus saham kelab itu.

Jutawan Britain itu juga dikatakan dalam perancangan untuk mengambil alih pengoperasian bola sepak sebagai sebahagian daripada perjanjian bernilai £1.4 bilion (RM8.1 bilion). Nampaknya, di tengah-tengah siri keputusan buruk di bawah kendalian pengurus kelab, Erik Ten Hag, Ratcliffe tidak merancang untuk membuang masa lagi untuk memulakan revolusinya.

Berikutan kekalahan yang penuh kontroversi United 4-3 kepada Copenhagen dalam Liga Juara-Juara, Alan Nixon menerusi portal Sun pada hari Ahad melaporkan bahawa ketua INEOS berumur 71 tahun itu bercadang untuk memulakan peranan barunya mulai Isnin.

Selain itu, Nixon menambah bahawa Pengarah Sukan INEOS, Sir Dave Brailsford akan memimpin pasukan Ratcliffe ketika mereka cuba mengatasi pasukan yang tercicir ini melalui UtdPlug. Dengan itu, masa depan Ten Hag akan berada di tangan Brailsford, manakala kedudukan Pengarah Bola Sepak, John Murtough juga mungkin akan disemak semula.

Penglibatan Brailsford dalam pemulihan semula kelab ini telah menjadi sebutan sejak lama. Dia sebelum ini telah memimpin pasukan berbasikal Team GB meraih lapan belas pingat emas di Olimpik di Athens, Beijing, dan London.

Pelumba basikal berusia 60 tahun itu juga diiktiraf memainkan peranan penting dalam kejayaan luar biasa pasukan berbasikal Team Sky/INEOS Grenadiers yang telah memenangi Tour de France enam kali sejak memegang jawatan sebagai ketua pasukan.

Terdahulu, Ten Hag telah menghadapi kritikan yang hebat sepanjang musim ini dengan United berada di tempat kelapan dalam Liga Perdana selepas hanya memenangi enam daripada sebelas perlawanan mereka.

Juara bertahan Piala Carabao baru-baru ini juga tersingkir pertandingan pada pusingan 16 oleh Newcastle United yang menang 3-0 di Old Trafford.

Tekanan terus meningkat ke atas Erik Ten Hag selepas tewas 4-3 kepada Copenhagen. Kredit: Getty

 

Walaupun tekanan sedikit berkurang pada hujung minggu lalu apabila United menewaskan Fulham 1-0 di Craven Cottage, kekalahan mereka kepada Copenhagen pada hari Rabu sekali lagi meningkatkan tekanan terhadap kedudukan Ten Hag.

Pada Sabtu lalu, The Mirror melaporkan kedudukan Ten Hag tidak dianggap berisiko oleh Ratcliffe. Sebaliknya, tumpuan utama Ratcliffe untuk perubahan adalah terhadap perpindahan perniagaan yang meragukan selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Hal ini termasuklah wang besar yang dibelanjakan pada pemain seperti Jadon Sancho dan Antony yang meletakkan kerjaya mereka bersama United kelihatan dalam bahaya. Mengenai pembuat keputusan dengan Murtogh,  Ketua Pegawai Eksekutif United, Richard Arnold bersama pasukan itu juga mungkin akan berakhir seperti yang dilaporkan oleh The Manchester Evening News.