PEMAIN sayap Kuala Lumpur (KL) City FC, Saravanan Thirumurugan atau lebih dikenali sebagai T.Saravanan berharap perayaan Deepavali dapat disambut bersama keluarga tercinta.

Pemain yang berusia 22 tahun itu juga tersenarai dalam skuad kebangsaan Bawah-23 (B-23) bagi menyertai kem latihan pusat yang bermula 13 November ini menjelang kempen Piala Asia B-23 tahun 2024.

Saravanan yang juga merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik mengharapkan supaya dia dapat mencuri sedikit peluang untuk bersama dengan keluarga pada perayaan Deepavali yang bertindih dengan latihan rasmi pasukan negara.

“Saya gembira kerana Deepavali tak lama lagi tetapi mungkin saya hanya dapat cuti sehari sahaja memandangkan ada tugas yang lebih penting untuk skuad B-23.

“Perkara pertama yang ingin saya lakukan untuk Deepavali kali ini adalah meluangkan masa bersama keluarga saya.

“Sejujurnya saya sangat rindu detik dan saat bersama mereka kerana sangat susah untuk saya spent time dengan insan-insan ini dan waktu begini lah biasanya harus merebut peluang tersebut.

“Muruku. Selalu nenek saya buat maruku dan tahun ini, saya tetap menanti-nantikan makanan kegemaran saya  semasa hari raya kami,” ujarnya kepada FLASH SUKAN.