KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) memuji keberanian Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan dirinya mengenai visi dan misi F:30 Fasa 2 yang dilancarkan di Subang Jaya pada Sabtu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Windsor John berkata, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu juga bersikap telus dalam setiap perancangan.

“Saya juga ingin meneroka apakah industri yang masih ada. Anda tahu, kerana ia adalah mimpi, visi itu mesti menjadi misi dan kemudian kerja keras itu adalah pelan strategik.

“Seperti yang anda tahu, anda mendedahkan diri anda. Anda bersikap telus. Cuba beritahu semua orang apa yang anda ingin capai. Pada tahun pertama, tahun kedua, tahun ketiga dan tahun keempat anda semua menilai itu.

“Ini adalah satu langkah yang mesti kita ucapkan tahniah kepada Malaysia. Individu ini yang datang dari bawah, anda tahu, dari kelab, dari peringkat paling bawah dia memahami permainan itu,” katanya katanya dalam Majlis Pelancaran Pelan Strategik Fasa Kedua F:30 2023-2026.

Kepimpinan era Hamidin sejak pelancaran F:30 Fasa Satu menuaikan kejayaan apabila skuad kebangsaan dibawa seliaan Kim Pan-gon mara ke pusingan akhir Piala Asia di Doha, Qatar secara merit selepas 43 tahun menanti.

“Anda mempunyai presiden yang memahami permainan dan anda mempunyai orang yang betul di sekelilingnya, maka kita akan melihatnya selepas ini.

“Kadang-kadang ada rancangan yang tidak kita capai. Sudah tentu, dengan separuh daripada semua pemegang kepentingan, mereka tidak boleh melakukannya sendiri.

“AFC juga ingin melihat inisiatif sedemikian supaya kami juga jelas tentang bagaimana ahli kami akan mencapai kejayaan dalam persatuan mereka sendiri.

“Tahniah kepada kepada semua kakitangan yang telah bekerja keras, kakitangan teknikal, pentadbiran dan semua orang yang menyumbang untuk disatukan dan pihak media juga memainkan peranan untuk mengawasi apa yang sedang berlaku,” katanya.